Salah ke aku minat K-POP?

Kelihatan isu panas pisang goreng artis korea beberapa hari lalu sudah mula menjadi suam suam bubur. Begitulah persekitaran masyarakat Malaysia khususnya. Apa-apa isu yang timbul akan hangat di awalnya dan senyap setelah beberapa hari.

Saya terlalu yakin gadis-gadis yang terlibat dengan kejadian tersebut sudah mendapat pengajaran yang sangat besar. Saya juga terlalu yakin ini adalah satu titik luar biasa dalam perubahan diri mereka kearah yang lebih baik.

Artis korea menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat dunia umumnya, bukan hanya di Malaysia. Jadi, kedatangan mereka pasti menjadi satu keterujaan besar buat masyarakat khasnya gadis-gadis remaja lingkungan umur 18 tahun hingga 25 tahun. Saya tidak tahu bagaimana perasaan teruja melihat artis Korea maka saya juga tidak mampu menggambarkan perasaan peminat artis Korea saat melihat pujaan mereka didepan mata.

Tetapi setiap dari kita ada kemampuan untuk bermuhasabah.

Allah menjadikan kita untuk taat dan beribadah sepenuhnya kepada dia

"Tidak aku jadikan jin dan MANUSIA melainkan untuk beribadah kepadaku"
[Az- Dzariyat:56]

Beribadah bukan bermaksud duduk dimasjid 24 jam,solat siang dan malam,berpuasa setiap hari. Tidak, beribadah kepada Allah adalah kita meniatkan setiap perbuatan kita kerana Allah.

Jadi,lihat semua kepada perbuatan kita,adakah sesuai untuk diniatkan kerana Allah.

Adakah sesuai menonton drama Korea diniatkan kerana Allah?

Adakah sesuai menonton klip video artis Korea diniatkan kerana Allah?

Adakah sesuai menonton Running Man diniatkan kerana Allah?

Adakah sesuai setiap langkah kita menuju ke konsert artis Korea diniatkan kerana Allah?

Carilah alternatif kepada keterujaan terhadap artis Korea. Video dan filem-filem yang mempunyai nilai Islam kini sudah terlalu banyak dipasaran.

Saya juga menyarankan untuk keterujaan terhadap artis Korea ini diubah kepada keterujaan terhadap membaca buku. Artis Korea tidak dapat mengubah apa-apa dalam kehidupan kita. Tetapi dengan membaca,kita dapat idea-idea untuk mengubah kehidupan kita menjadi lebih baik. Lebih penting,carilah sahabat-sahabat yang baik. Niatkan di dalam hati untuk bersahabat dengan orang yang baik-baik dan melangkahlah menjadi lebih baik. Allah akan dekatkan kita dengan orang orang yang baik.

160115
Toriq

Menulis?

Saya adalah jenis manusia yang sukakan gambar,jadi aplikasi android Instagram adalah antara aplikasi yang sering saya buka.

scroll,scroll,scroll lagi.

Saya terjumpa sesuatu.

Seorang kakak yang quite terkenal memuatnaik 'tembak skrin' (screenshot) inbox Facebooknya.

Yang mana ada seseorang bertanya kepadanya,bagaimana untuk menjadi seorang penulis.

Jawapan dia ringkas (seriusly ringkas)..write

Saya yakin si adik itu expect si kakak ini akan membalas dengan begitu panjang tips tips utk menjadi penulis. (hahaha)

Bila difikirkan jawapan kakak tersebut,benar. Seorang penulis tidak akan menjadi penulis jika dia tidak mula menulis.

Dan saya pun berharap setiap tulisan saya disini menjadi salah satu asbab rahmat Allah keatas saya.

09102014
Meja Makan

Sekali Lagi

Disini sekali lagi saya bermula untuk memberi manfaat melalui tulisan.

Sering sukar untuk istiqamah,saya berharap kali ini Allah memberi saya kekuatan yang lebih banyak untuk terus menulis.

Moga Allah memberi saya kekuatan untuk menulis yang baik baik sahaja.

041014